571 orang sertai SAPP di Tg Papat Dan Elopura


Sandakan 28 Nov, 2021: Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mengimbas kembali peristiwa bersejarah bagaimana SAPP memulakan kempen MA63 sehingga menjadi isu Nasional pada Oktober 2010, iaitu 12 tahun yang lalu. Beliau berkata, kesan dari kempen tersebut menyebabkan MA63 menjadi bualan umum di seluruh Malaysia. Beliau berkata demikian semasa majlis Penerimaan ahli-ahli baru di Sandakan.

SAPP telah menerima penyertaan 571 ahli baru Dan 11 permohonan menubuhkan cawangan baharu termasuk 3 yang diketuai oleh wanita. Majlis penerimaan ahli baru tersebut diadakan di Dewan Rakyat Rumah Murah Sim Sim, Sandakan.  Majlis tersebut turut menyaksikan penyertaan bekas Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Thomas Lau. 

Menurut Datuk Thomas, beliau memilih SAPP disebabkan inilah satu-satu parti Lokal yang terus kekal dalam perjuangan Dan mempunyai ketahanan kepada sebarang cabaran termasuk mengharungi berbagai kesulitan menjadi pembangkang sebelum ini akan tetapi Parti terus utuh Dan kembali berkembang dengan adanya barisan kepimpinan yang sentiasa fokus melaksanakan aktiviti Dan peduli pada isu yang Melibatkan kepentingan rakyat. Beliau juga memuji keberanian pimpinan parti sepanjang tempoh menjadi pembangkang, Meskipun tewas dalam 2 pilihanraya umum. Beliau tidak mengambil Masa yang lama untuk menyertai sebuah parti politik Meskipun Ramai menganggap beliau tidak perlu berkecimpung dalam politik Dan hanya perlu menikmati kehidupan Dan persaraan. Beliau berkata beliau mempunyai Tanggungjawab untuk melihat Sandakan terus membangun Dan menjadi destinasi pilihan pengunjung. 


Saiful Bahari Hj Muin yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Tg Papat Pula berkata, beliau kembali ke pangkuan SAPP kerana Nadi Dan darah perjuangan parti masih pekat dalam diri beliau. Beliau menyertai semula SAPP semasa PRN16 tahun Lalu, setelah meninggal parti tersebut mengikuti Pemimpin Sandakan yang keluar semasa SAPP meninggalkan BN 12 tahun yang lalu. 

Menurut Saiful lagi, adalah menjadi hasratnya sekian lama untuk terus berkhidmat kepada masyarakat Sandakan khususnya di Tg Papat, terutama nasib para nelayan, membangunkan industri Perikanan Dan membangunkan semula struktur perniagaan Sandakan yang dahulunya dikenali sebagai The Little Hongkong. Beliau merasakan Sandakan mempunyai potensi yang boleh diperluaskan lagi dengan turut mengambil Kira melestarikan masyarakat Tg Papat Dan Sandakan disamping memperbaiki kualiti Bandar Sandakan dari segi kemudahan awam.

Datuk Richard Yong Pengerusi Zon Sandakan dalam.ucapan mengalu-alulan ahli baru berharap semua perancangan rapi bagi memperkuatkan SAPP di Sandakan terutama Tg Papat Dan Elopura serta kawasan lain di Batu Sapi akan terus dilakukan. Beliau yang juga Timbalan Presiden Dan Setiausaha Agong SAPP melahirkan rasa teruja kerana usaha Pemimpin Sandakan yang cekal Dan sentiasa berusaha. Ini merupakan langkah permulaan bagi memenangi semula Sandakan. 
Edward Dagul, Timbalan Presiden SAPP turut menyatakan komitmen parti dalam Pembangunan semula SAPP di seluruh Sabah. Sandakan adalah destinasi pertama dalam jelajah SAPP Dan diikuti dengan Zon yang lain sehingga Januari tahun depan.

Datuk Presiden SAPP dalam ucapan melahirkan perasaan berbangga kerana SAPP terus menjadi pilihan ahli-ahli baru. Datuk Yong turut mengimbas bahawa nilai budaya SAPP telah memahatkan keazaman SAPP untuk terus berkembang. Beliau amat berharap, akan lebih Ramai ahli baru menyertai parti, Dan ahli-ahli lama kembali aktif. 

SAPP telah melepasi ujian ketahanannya selama 12 tahun, apabila SAPP tidak mempunyai seorangpun wakil rakyat, malah kesukaran itu sudah beliau katakan pada tahun 1996 lagi, "suatu Masa, SAPP akan kehilangan banyak keistimewaan, akan tetapi apabila Kita berjaya melepasinya, Kita berjaya kerana adanya nilai Ketabahan dalam budaya SAPP telah dipraktik Dan menjadi suatu perinsip memperkukuhkan semula SAPP, kata beliau.

Presiden SAPP juga berkata SAPP akan terus memperkukuhkan Parti, memperkuatkan Perikatan Nasional Dan memperkasakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada sebelah pagi, program derma darah telah diadakan di Harbour Mall, seterusnya pertemuan tertutup dengan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tg Papat.




Sebelum itu satu program perjumpaan Pemuda Dan Mudanita SAPP telah diadakan sehari sebelumnya. Ketua Pemuda SAPP meminta ahli-ahli Pemuda sentiasa peka dalam Penerangan cyber. Beliau berkata, besar kemungkinan kempen pilihanraya pada  PRU15 pada tahun depan akan lebih banyak menggunakan media sosial sama seperti PRN Melaka baru-baru ini. Justeru, beliau meminta agar pasukan media ditubuhkan segera Dan menggerakkan jentera Pemuda Di Sandakan serta menjalinkan hubungan erat dengan rakan-rakan Pemuda Dan Wanita muda parti-parti lain.

Turut bersama dalam jelajah kali ini ialah Beberapa Ahli Majlis Tertinggi Parti  Dexter Chin, Alex Soon, Wong Yu Chin, Nelson Marcellus serta Exco Pemuda Clarence Oh, Clement Foo Dan Nelson Tang.

Media Pemuda SAPP

Post a Comment

0 Comments