Jangan buat posting fitnah dan mengelirukan kata Ketua Pemuda SAPP kepada cybertrooper Parti Warisan


 Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Jamain Sarudin menyelar cybertrooper Parti Warisan keatas sebuah artikel yang memperlekehkan posting beliau di laman facebook baru-baru ini. Dalam posting tersebut menyatakan bahawa TJ Jamain (nama dalam akaun facebook) tidak memahami perlembagaan, hal ini disebabkan dalam posting facebook TJ jamain, jamain memberi komen terhadap Datuk seri Shafie Afdal (DSSA) yang mahu perintah darurat dibatalkan. Dimana dalam komen tersebut jamain menyatakan perbuatan Warisan dalam pembubaran DUN sabah sehingga memaksa PRN Sabah diadakan menyebabkan kes jangkitan covid bertambah teruk.


Beliau meyifatkan posting tersebut sebagai tindakan yang semborono dan tidak masuk akal. Apa yang pasti akibat daripada tindakan bekas Ketua Menteri Datuk seri shafie Afdal (DSSA) yang tidak mahu kalah dalam perebutan kerusi ketua menteri Sabah menyebabkan beliau membubarkan dewan undangan negeri sabah. Kesannya PKP kes jangkitan covid-19 mencanak naik.

Jamain menjelaskan bahawa bekas ketua menteri Sabah DSSA berusaha menangguk di air keruh dengan membuat percobaan untuk membatalkan darurat sama seperti dengan apa yang beliau lakukan semasa tun Mahathir membuat usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dimana DSSA turut membuat langkah yang sama . jelas terserlah niat parti warisan hanya untuk mendapatkan kuasa semata-mata

Dalam masa yang sama Jamain turut mempersoalkan tujuan penyokong parti warisan dalam memperlekehkan parti SAPP. “apakah yang menyebabkan parti warisan takut dengan parti SAPP” soal beliau. Adakah mereka cemburu dengan SAPP yang kini sudah ada seorang wakil rakyat, adakah pihak warisan merasa gerun dengan Datuk Seri panglima Yong Teck Lee, kerana selama ini para pemimpin parti warisan membungkam seribu bahasa dan menjadi kalut apabila menghadapi cabaran dan teguran dari Presiden SAPP. 

Mungkin mereka (warisan) lupa, bahawa Parti SAPP telah ditubuhkan jauh lebih lama daripada Parti warisan. Kini usia penubuhan Parti SAPP telah mencapai usia 27 tahun dan perjuangan masih lagi diteruskan dan SAPP masih lagi berdiri teguh tegas jamain. Dalam tempoh 27 tahun Parti SAPP benar-benar telah diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan dan terbukti SAPP masih lagi berkhidmat dan berjuang untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah dan tanpa sebarang jawatan. 

Diakhir perbualan Jamain sempat menyatakan keraguannya kepada Parti Warisan. Adakah  selepas PRN yang akan datang parti warisan akan masih wujud atau hanya tinggal nama sahaja jelas jamain dengan nada sinis.





Post a Comment

0 Comments