Pemuda SAPP Persoal tindakan Anwar

KENYATAAN Anwar Ibrahim menyokong PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah amat tidak menyenangkan hati rakyat diseluruh negeri ini!

KEHADIRAN Anwar dan isterinya Dr Wan Azizah ke PRK Sandakan dengan kenyataan tersebut sewaktu walkabout beliau mengkhianati orang Asal Sabah, kenyataan itu benar² memberi kesan dan rasa TERKILAN dihati rakyat warga negara yang selama ini setia dengan parti pimpinan Anwar Ibrahim

TIDAK cukup dengan tindakan Warisan dekat setahun ini yang mengutamakan kepentingan PTI disamping membelakangkan hak asasi peribumi kini ditambah pula oleh kenyataan  beliau yang mana ianya seolah-olah satu 'galakan wajib' terhadap warga asing di Sandakan sama ada yang sudah berstatus warga negara, passport mahupun PTI agar bangkit memberi sokongan terhadap calon parti DAP ketika itu.

PRK SANDAKAN ini benar² telah menonjolkan kerakusan dan sikap sebenar pemimpin² Malaya apabila mereka berpusu-pusu datang dan berhempas-pulas berkempen siang dan malam yang akhirnya tidak mampu menyembunyikan sikap gelojoh mahu menakluki Sabah kerana aset dan keistimewaan² yang sedia ada percuma menjadi milik mereka

TERNYATA Anwar Ibrahim yang dahulunya berdiri di sudut pembangkang yang selalu dipuji dan dipuja diharap mampu membela nasib rakyat rupanya tidak ada bezanya dengan    sistem pemerintahan firaun Malaya

ANWAR lupa rakyat yang mendukung perjuangan  beliau selama ini adalah individu² yang mahukan pembelaan sewajarnya tetapi ternyata hanya dipermainkan dengan deretan janji² palsu dan diperalat demi kepentingan politik Malaya

By Jaimah Omilin

Post a Comment

0 Comments