PRK SANDAKAN Kian hangat diperkatakan. Ada mula membuat serangan terhadap SAPP. Bagi Saya jika hanya soal calun PRK Sandakan, tak perlu Hina SAPP Dan Datuk Yong.
Kalau Ada parti nak tanding, nak letak calun, tak mau bermuafakat, rasa cukup sokongan, cukup kemampuan, cukup jentera, cukup segala-galanya, maka pergilah "GO AHEAD", asal kamu layak sesuai dgn peraturan pilihanraya.
Bagi SAPP, ianya sangat mudah bagi Kami selepas 25 Tahun ditubuhkan, Kami antara parti Yang paling lama, sentiasa bersikap wajar. Tidak perlu terburu-buru Dalam membuat keputusan, Dan sentiasa menghormati parti-parti Yang lain sebelum membuat apa-apa keputusan.
Kami tidak meletakan apa-apa syarat, mahupun mengatakan sesuatu Yang buruk terhadap parti lain sesama pembangkang. Menyentuh peribadi mana-mana pemimpin tanpa fakta. Kalau tak tau sila buat kajian, bertanya, tak perlulah kata "APA YANG DATUK YONG PERNAH LAKUKAN SEMASA JADI CM?"
Seolah-olah lupa terhadap tindakan beliau seperti mengurangkan kuasa Ketua Menteri, mengurangkan perjudian Di Sabah, menguruskan hutan secara mampan Dan kini diperakui oleh badan Antarabangsa Dan hasil bumi Sabah ditadbir dengan baik, memberikan geran tanah kepada rakyat Yang Ada diantaranya menunggu hingga 35 tahun Baru dapat Geran. Selain menggazet kawasan Dan bangunan supaya tidak diganggu oleh Pembangunan, seperti monument bersejarah, Taman burung atau wet land Di Likas, memberikan penempatan percuma kepada orang tempatan, menghantar pulang PTI Dan banyak lagi termasuklah beberapa perkara Yang dibina Dan disiapkan semasa beliau mnjadi CM antaranya UMS Dan masjid Bandaraya. Selain peranan Dan tanggungjawab beliau semasa ELNINO Dan Ribut Greg. Selain discipline Dalam pentadbiran Dan menggerakkan program SABAH BOLEH. Dan banyak lagi walaupun tempoh beliau memeggang jawatan hanya 2 tahun. Belum pernah Dalam sejarah Sabah, seorang Ketua Menteri menyerahkan tugasnya kepada Ketua Menteri seterusnya secara tertib termasuk menghadiri Majlis angkat sumpah ketua Menteri baharu ketika itu Tan Sri Bernard Dompok. Beliau dicadangkan kurnian Tan Sri tapi beliau tolak kerana merasa beliau belum layak.
Beliau disogok lantikan senator Dan perlantikan sebagai Pengerusi BIMP-EAGA bertaraf Menteri Persekutuan, semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Juga beliau tolak. Kerana perjuangannya bukan untuk pangkat Dan kedudukan.
Orang dah lupa? Hanya gara-gara nak jadi calun?
Beliau hanya 2 tahun jadi CM, kerana itu juga mungkin orang mudah lupa Akan jasa beliau.
Malahan Kami sedia memaafkan mana-mana pihak Yang Sudah menghina SAPP Dan Datuk Yong serta dengan berlapang dada menganggap ianya hanyalah Komen anak-anak nakal Yang kurang berpengetahuan Dan perlu dibimbing supaya mereka menjadi lebih matang mengharungi badai politik.
Tidaklah terlalu sukar untuk hadapi pilihanraya, berbanding menghadapi permintaan Dan desakan pengundi.
Bagi maksud meletakkan calun, hanya perlu Ada borang pencalonan, Calunnya, pencadang, penyokong, membayar deposit kepada SPR atau kepada Pegawai Pilihanraya, melepasi kelayakan Di SPR, tidak muflis, bersedia dengan dokumen Dan akuan sumpah Yang diperlukan, tauliah calun Dan kebenaran menggunakan simbol parti.
Selepas itu datang ke pusat penamaan calun pada awal pagi Di tempat Yang ditetapkan. Kalau mampu bawa penyokong, pembawa bendera Dan sebagainya, bawalah.
Sebaik semua urusan selesai, berkempen, pasang poster, temui seberapa ramai pengundi, adakan ceramah. Kemudian melantik polling agent, counting agent Dan merayu undi.
Selepas itu tunggu keputusan pada Malam 11hb Mei, 2019. Jika menang, tahniah. Jika tewas maka terima sajalah kekalahan. Usah Pula menyalahkan parti lain atau pemimpin lain.
Maka semuanya beres. Apa nak banyak songeh. Kalau nak berunding, mudah Saja. Tak jumpapun, boleh bertelefon, tak Ada kredit boleh Pula guna WhatsApp.. mustahil tak Ada WhatsApp kalau aktif Di FB. Kan? Jadi tak perlu banyak cerita. APA Yang diniatkan, laksanakan Saja. Kalau nak runding secara muafakat silakan. Taknak runding GO AHEAD.
Salam.
TJ JAMAIN
Ketua Pemuda SAPP
Pengerusi SORAK SABAH.
1 Comments
Busku sinang crita akun saja SAPP susah mau menang sana..
ReplyDelete