SANDAKAN - SIAPA CALUN PEMBANGKANG?

Seluruh Malaysia mengetahui kerusi Sandakan kosong apabila penyandangnya Mendiang Stephen Wong Thien Fatt meninggal dunia pada 28 Mac akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihanraya memutuskan 27 April 2019 sebagai tarikh penamaan calun Dan 11 Mei sebagai tarikh pengundian.

Warga Sandakan Akan memilih wakilnya ke Parlimen. Admin sempat menerjah Sandakan beberapa hari bagi mengutip pandangan pengundi di Sandakan. Sandakan terdiri Dari Kawasan Dun Tanjung Papat Dan Elopura serta terletak diantara 2 kawasan Parlimen iaitu Libaran Dan Batu Sapi. 17 pusat mengundi Dan pengundi Cina mendominasi jumlah pengundi dengan menguasai 49.2%, bumiputera Islam 43% Dan kaum lain 5.7% dengan jumlah keseluruhan pengundi layak 40,218.

Pada pilihanraya Lepas hanya 72% atau 28,668 Sahaja Yang  keluar mengundi daripada 39,777 pengundi berdaftar. Stephen Wong menang besar Dan menjadi wakil rakyat bagi penggal kedua.

Tinjauan admin Di Sandakan masih lagi senyap, kedai kopi Dan warung-warung lengang. Kebiasaan masyarakat Cina Pula bersarapan atau makan tengahari dengan keluarga, semua urusan berjalan seperti biasa.


Begitupun beberapa Nama disebut-sebut oleh para pengundi dan Sudah pasti mereka membuat berbagai telahan. Semasa admin berada Di Sandakan, secara kebetulan Perasmian PPBM Di ITTC juga sedang rancak berjalan.

Berita kecil yang rakan kongsikan ialah Nama Jenny Lau Ketua Bahagian STAR Tg Papat. Seorang ibu Yang berkelulusan. economist.


Kelmarin PBS juga menyatakan minat mereka melepaskan calun, bagaimanapun tiada nama disebutkan. Desas desus juga mengatakan PPRS turut menunjukkan minat, bagaimanapun tidak diketahui siapakah yang mereka bakal ketengahkan.

Lazimnya bila kawasan ini merupakan majoriti pengundi Cina, pemimpin tidak Asing lagi turut disebut Dari awal iaitu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Bagaimanapun difahamkan beliau belum dapat memberikan sebarang Komen kepada umum.

Ken Yong seorang peguam Dan Pemimpin SAPP di Tg Papat juga disebut-sebut oleh sebilangan pengundi.

Teka-teki siapakah calun Pembangkang juga berkisar kepada formula 1 lawan 1. Apakah Pembangkang dapat bermuafakat? Apakah Sandakan akan kekal milik DAP? atau adakah Pengundi kekal memilih Pembangkang? (DAP sebahagian Kerajaan pada masa sekarang)..

Admin akan terus memberikan pandangan Di masa Akan datang.

Post a Comment

0 Comments