Melihat situasi politik Hari ini, lebih-lebih lagi Di Parlimen, menunjukkan penyegeraan melahirkan lebih ramai Ahli Parlimen Yang bukan Sahaja berani, tetapi mengetahui berbagai perkara berkaitan MA63.
Tidak dapat dinafikan Datuk Dr Jeffery Kitingan (STAR KENINGAU) merupakan pemimpin yang sentiasa berani mengutarakan perkara berkaitan hak-hak Sabah, lebih-lebih lagi berkaitan MA63. terdapatnya juga YB Johnathan Yasin (PKR RANAU) Dan Arthur Kurup (PBRS PENSIANGAN) yang mempunyai pandangan yang lebih kurang sama cuma dibezakan pada parti mereka Sahaja.

Presiden STAR DDJK memerlukan rakan lain di Parlimen. Umum melihat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan orang paling sesuai berada di Parlimen disebabkan pengalaman luasnya Dalam bidang undang-undang Dan pentadbiran. Bagaimanapun sehingga Hari ini, beliau dan SAPP masih belum membuat sebarang kenyataan berkaitan calun PRK Sandakan.
Sedang STAR sudah mula menghebahkan cadangan Jenny Liew bekas pendidik berkelulusan Ekonomi untuk bertanding, meskipun ianya belum lagi diumum secara rasmi oleh Presiden STAR. manakala PBS hanya memaklumkan minat 2 Hari Yang Lepas, tetapi difahamkan belum membincangkannya Di peringkat Majlis Tertinggi.
Sebagaimana Saya nyatakan Di atas, Parlimen kekurangan Ahli Parlimen berwibawa, berani Dan memahami MA63 secara jelas.
Kali ini admin ingin menonjolkan Salah satu prospek antara Yang terbaik mewakili Blok pembangkang menentang DAP.
KEN YONG bukan nama baru di Sandakan. Seorang Peguam Yang berpengkalan Di Sandakan Dan sering menawarkan khidmatnya kepada masyarakat tanpa banyak soal. Beberapa kes hangat seperti BORNEONISASI, kes berkaitan perlembagaan pernah beliau kendalikan.
Peguam tinggi lampai ini lahir Dan menetap Di Sandakan. Sudah berumahtangga dengan 2 cahayamata. Berusia 50 tahun, lantang bersuara dan ucapan-ucapannya memang berisi.
Bagi pejuang hak Dan Borneonisasi, nama Ken Yong memang cukup dikenali.
Apapun, siapa Sahaja calun yang ingin dicadangkan diharap mendapat sokongan Dari semua parti politik Di Blok pembangkang. Tindakan bertanding beberapa parti hanya akan memecahkan undi. Undi pembangkang perlu bulat. Semua parti perlu duduk berunding Dan Cari penyelesaian, jangan merajuk, jangan dengki.

0 Comments