tular di laman tiktok tohmahan terhadap kerajaan Negeri berkenaan isu Pasukan Bola Sepak ke MSSM.
Datuk Masidi Manjun dalam penjelasan menyatakan bahawa sebenarnya semua urusan sekolah termasuk aktiviti sukan adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negara atau Kementerian Pendidikan Malaysia sejak dahulu.
"Ini bukan isu kerajaan Negeri banyak duit atau tidak, Hal ehwal pendidikan adalah dibawah portfolio kerajaan Persekutuan sepertimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia" tegas beliau.
"Namun atas rasa prihatin kerajaan Negeri kepada masalah ini, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Kabinet petang tadi meluluskan bantuan khas 50 ribu ringgit" tambah beliau.
kelakuan Cybertrooper daripada pembangkang yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya meletakkan kesalahan kepada kerajaan Negeri demi kelansungan Politik mereka amatlah dikesali dan tidak sedikitpun mencerminkan mentaliti pembangkang yang berilmu - Sabahtune
0 Comments