Gee: JPJ mengalu-alukan cadangan iklan bas sekolah

 

Dato' Abdul Rahman Mohd Zakaria, Pengarah JPJ Sabah (Tiga dari kiri), Gee Tian Siong, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (2 dari kiri)



Kota Kinabalu, 21 Disember 2022: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyambut baik cadangan memasang iklan di bas sekolah, bagi membantu pengusaha mempunyai sumber pendapatan lain, kata Pengarah Dato Abdul Rahman Mohd Zakaria.

Selepas pertemuan dengan Gee Tien Siong, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Abdul Rahman meminta contoh pelekat yang akan digunakan, bagi tujuan semakan dan pertimbangan, jika pelekat tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan, ia akan diseragam dan boleh digunakan untuk semua iklan bas sekolah.

Pada masa kini, terdapat satu set undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk pengiklanan di bas sekolah dan teksi, jelas Mohammad Rashid Bin Ibrahim, ketua kejuruteraan JPJ Sabah.

“Pelekat iklan tidak boleh menutupi lebih daripada 40% badan kenderaan, dan dilarang sama sekali pada cermin depan.

“Sementara itu, iklan mesti ditapis untuk sebarang kandungan sensitif,” kata Mohammad.

Gee mengadakan kunjungan hormat kepada Abdul Rahman berhubung cadangan itu, memandangkan kesulitan dan kesusahan yang dialami pengusaha bas sekolah dalam norma baharu pasca Covid, dimana para ibu bapa cenderung memilih menghantar anak mereka ke sekolah dengan kereta persendirian untuk mengelakkan covid.

"kini Pengendali bas sekolah menghadapi dilema kekurangan penumpang dan dalam masa yang sama mereka juga perlukan pendapatan untuk menampung rutin harian mereka, saya berharap dengan usaha ini sedikit sebanyak mereka memperoleh pendapatan tambahan daripada pengiklanan," kata Gee.

Post a Comment

0 Comments