dari segi sejarah, Sabah adalah wilayah Negara Brunei Darussalam seawal
pemerintahan Sultan Brunei yang pertama lagi, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak
Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500
tahun.
Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin
telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau
Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang
berkubu di Pulau Chermin di muara Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau
bagaimanapun, pihak Sulu tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik
menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan di pantai timur
Sabah kepada Kesultanan Suluk. Sejak itu pihak kesultanan Sulu hanya menuntut
wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of
Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan
bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very
considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed
by Sulu government". [claimed= menuntut, bukan bererti 'menguasai']
Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah
memajakkan wilayah barat Sabah kepada Charles Lee Moses (Moses kemudian menjual
haknya kepada W.J. Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck,
Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred
Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877,
Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan
Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin-Sultan Brunei telah melantik beliau
menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Sulu juga
menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian
dengan Sultan Sulu ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Sulu sebagai
jaminan keselamatan perlindungan perdagangan di wilayah tersebut dan mengelak
masalah2 di kemudian hari (dan beliau
dilantik oleh pihak Sulu sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit
pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan
Brunei (Sultan Abdul Momin) ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada PENGIRAN
Temenggong Brunei, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Sulu ialah $5,000
setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Sulu pada 1878.
Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas
British North Borneo Company yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun
1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.
Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877
ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar
sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei (Sultan Abdul Momin) / Pengiran
Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu.
Manakala, di antara kandungan perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Sulu pada Januari 1878 ialah pajakan itu adalah untuk selama-lamanya, iaitu dirujuk
sebagai "Selagi ada Bulan dan Bintang" dalam perjanjian tersebut.
Daripada kandungan kedua-dua perjanjian ini adalah jumlah duit pajakan upah
keselamatan perlindungan daripada lanun yang diketahui pihak British ada
hubungan dengan Sultan Sulu dan juga tarikh perjanjian-perjanjian itu dibuat,
juga ternyata Sabah adalah hak milik Anak Negeri Sabah masyarakat bumiputera
dan bangsa masyarakat brunei masa itu dan bukan milik Sulu.
Setahun kemudian, Sultan Sulu telah tunduk kepada kekuasaan
Raja Sepanyol dan mengiktiraf kedaulatan Sepanyol keatas semua wilayahnya dalam
perjanjian yang ditandatangani diantara Sultan Sulu dan Sepanyol di Jolo pada
22hb Julai 1878 di mana artikel pertama adalah seperti berikut "Article 1.
We declare that the sovereignty to Spain over all the Archipelago of Sulu and
its dependencies is indisputable, and as a natural consequence of this
declaration we constitute ourselves loyal subjects of His Majesty King Alfonso
XII, and of his successors to the power."
Enam tahun kemudian pada 7hb Mac 1885, Sepanyol sebagai penguasa Sulu telah melepaskan segala tuntutan kedaulatan keatas wilayah-wilayah yang dimiliki atau pernah diakun2 Suluk di North Borneo kepada Kerajaan British."The Spanish Government RENOUNCES, as far as regards the British Government, all claims of sovereignty over the territories of the continent of Borneo, which belong, or which have belonged in the past to the Sultan of Sulu (Jolo), and which comprise the neighbouring islands of Balambangan, Banguey, and Malawali, as well as all those comprised within a zone of three maritime leagues from the coast, and which form part of the territories administered by the Company styled the “British North Borneo Company.” —Article III, Madrid Protocol of 1885".
Pada awal tahun 1960an, rakyat Sabah dan Sarawak telah memilih menyertai Malaya dan Singapura untuk membentuk Negara Malaysia MA63, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu yang ingin melihat tanah-tanah wilayah Brunei disatukan semula. Sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah/Sarawak (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
0 Comments