Kota Kinabalu 7 Januari 2020: NGO Pertubuhan Peningkatan Pendidikan Rakyat (PIPA) Dan Solidariti Rakyat Sabah (SORAK) Akan mengadakan Perhimpunan Aman Solidariti Rakyat bagi membantah Pas Sementara Sabah (PSS) di Pekan Membakut pada 15hb Januari 2020 (Rabu) Jam 9.00 pagi.
Menurut Pengerusi SORAK Jamain Sarudin, Himpunan pada Kali ini adalah Di atas permintaan penduduk-penduduk di kawasan Pantai Barat Selatan Dan memilih Membakut sebagai pusat perhimpunan.
Pas Sementara Sabah (PSS) Yang Akan dilaksanakan pada 1 Jun mendapat tentangan hebat Dari berbagai pertubuhan Dan orang awam yang melihat PSS ini bakal menambah masalah berkaitan isu PTI Yang Sudah berpanjangan sejak kerajaan Lepas.
"Keputusan kerajaan ini merupakan satu kesilapan besar" kata Jamain
"Kerajaan sepatutnya memperkasakan Penguatkuasaan undang-undang Imigresen, Dan bukannya memberikan permit tinggal Di Sabah" tambah beliau lagi
Menurutnya, faktor paling penting ialah menguatkuasa Dan melaksana undang-undang Di bawah Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) Yang mempunyai peruntukan undang-undang Yang sangat jelas. Tindakan memberikan PSS adalah loop hole Yang Akan terus diambil kesempatan oleh penceroboh-penceroboh sempadan terutama Dari Selatan Filipina Dan Indonesia.
Kerajaan Hari ini sepatutnya merasa malu kerana Negara Jiran boleh mengetatkan undang-undang Imigresen mereka, sebaliknya Di Sabah Malaysia ianya menjadi bahan jenaka dengan berbagai alasan popular seperti sempadan Yang begitu Luas.
Penceroboh-penceroboh haram ini telah melanggar Akta tersebut di bawah 6(1)(c) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan Yang sah Dan 15 (1) (c) kerana tinggal Di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan.
"Apa gunanya undang-undang jika tidak dilaksanakan?"
Memberikan PSS hanya Akan memberikan keselesaan kepada Penceroboh Haram atau PATI. Apatah lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Azis Hj Jamman Di Dalam jawapan lisannya Di Dewan Negara baru-baru ini berkata Pemeggang PSS boleh memohon kewarganegaraan Dan menggambarkan ianya boleh diperbaharui 10 Kali, 20 Kali hingga 100 tahun.
"Apakah nasib anak-anak tempatan Di masa Akan datang khususnya Di Sabah jika jumlah PATI terus bertambah?, Anak-anak Pemeggang PSS Akan menjadi warganegara kerana PSS merupakan satu dokumen Yang Akan mengesahkan kehadiran mereka Di Sabah berbeza dengan Kad Burung-burung Dan Sijil Bancian Yang hanya merupakan resit Pendaftaran Pendatang Asing.
Jamain menjangkakan 500 orang Akan hadir Di Perhimpunan itu kelak, yang secara kebetulan ditengah-tengah kerancakan pilihanraya kecil Kimanis.
Antara Yang bakal hadir Dan memberi ucapan ialah Datuk Seri Anifah Aman (Mantan Menteri Luar), YB Datuk Dr Jeffery Kitingan (Presiden Star), Datuk Seri Yong Teck Lee (Mantan Ketua Menteri/Presiden SAPP), YB Datuk Johniston Bangkuai (Ketua Penerangan PBS/ADUN Kiulu) serta wakil rakyat Dan Pemimpin politik pembangkang Yang lain.
Jamain juga meminta agar semua Yang hadir memakai T-shirt Hitam sebagai tanda protes Dan membantah PSS, serta tidak membawa sebarang bendera Parti politik Dan baju parti, beliau sangat berharap Yang hadir Akan menunjukkan disiplin Dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Jamain Sarudin
Pengerusi SORAK SABAH
0 Comments